Friday, July 23, 2010

Cara Membuka Akaun Maybank Dan Mengaktifkan Maybank2u







Pertama sekali, kami sekumpulan mendapatkan cawangan Maybank yang terdekat iaitu berhampiran dengan kampus bandar Parit Raja. Setelah itu, bagi membuka akaun Maybank, kami dikehendaki mengisi borang tentang maklumat-maklumat peribadi.

Apabila akaun dibuka, kami dikehendaki mengaktifkan "internet banking" iaitu Maybank2u.
Di sini kami diarahkan oleh pengawai bank untuk membuat transaksi di mesin ATM.
Melalui mesin ATM, antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah:

1) Masukkan kad Maybank ke dalam Mesin ATM Maybank.


2) Pilih Bahasa>>Bahasa Malaysia.


3) Masukkan nombor pin kad Maybank.


4) Pada menu utama, pilih servis Maybank2u.


5) Pilih Aplikasi Maybank2u.


6) Masukkan 6 digit Maybank2u.com nombor PIN.


7) Masukkan nombor pin yang sama untuk pengesahan. Atas
    keselamatan, nombor PIN tidak akan dicetak pada resit.

Seterusnya, bagi mengenalpasti adakah kita sudah boleh menggunakan Maybank2u, kami menyemak semula melalui internet iaitu laman web http://www.maybank2u.com.my/.

1) Apabila membuka lmn web Maybank2u, klik pada "online
    banking".


2) Klik pada New User>> terima syarat-syarat yang
    diberi dan tekan pada "accept".


3) Seterusnya, masukkan Access Number>>(Nombor
    yang terdapat pada kad Maybank).16 Digit.


4) Masukkan Nombor PIN.


5) Selepasnya, kami berjaya mendaftar Maybank2u.


Ianya boleh digunakan untuk membeli barang-barang atau membayar bil-bil, forex secara online.